Monday, October 31, 2016

5 Tempat Makan Menarik di Langkawi

Nak makan Kat mana?

Buat kawan- kawan yang datang melancong ke Langkawi tentu tercari- cari tempat makan yang menarikdan harga yang berpatutan.

Disini ada 5 tempat makan  yang anda boleh pilih mengikut  kemampuan dan citarasa masing masing.









Semoga  perkongsian ini dapat memberi idea untuk kawan yang datang melancong ke Langkawi.
kami menyediakan  homestay  yang sesuai untuk seisi keluarga.

ADANAN HOMESTAY TAMAN MAHSURI (DOUBLE STOREY)PEKAN KUAH.


SELAMAT DATANG KE ADANAN  HOMESTAY TAMAN MAHSURI, LANGKAWI.
ALAMAT: NO 21, TAMAN MAHSURI,LORONG 1 TAMAN MAHSURI,KUAH, LANGKAWI.
HARGA: BOLEH DIRUNDING 
KEUTAMAAN: MUSLIM & FAMILY SHJ

KEMUDAHAN YG DISEDIAKAN

- 4 BILIK TIDUR
- 2 BILIK DILENGKAPI DGN 1 KATIL QUEEN (AIRCON)
- 2 BILIK DILENGKAPI DGN 1 KATIL SINGLE
- 2 BILIK AIR

- BANTAL DAN SELIMUT TAMBAHAN DISEDIAKAN
- RUANG TAMU DAN RUANG MAKAN YG SELESA
- KIPAS SYILING DI RUANG TAMU DAN DI SETIAP BILIK
- TV
- PETI SEJUK
- PEMANAS AIR
- SOFA
- MEJA MAKAN
- SATERIKA
- SEJADAH

LOKASI BERDEKATAN:
- BERSEBELAHAN DENGAN PETRONAS JLN AIR HANGAT. - BERSEBELAHAN DENGAN IBU SAWAT TELEKOM LANGKAWI.
- BERTENTANGAN DENGAN IBU PEJABAT POLIS(IPD)DAERAH LANGKAWI
- 5 MINIT KE JETI KUAH
- 5 MINIT KE IDAMAN SURI
- 5 MINIT BERJALAN KAKI KE SHOPPING MALL PEKAN KUAH
- 5 MINT KE HAJI ISMAIL GROUP
- 5 MINIT KE LANGKAWI SAGA
- BERDEKATAN PASARAYA DAN KEDAI MAKAN

- MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: SMS @ CALL (DIGALAKKAN)

ADANAN B.LONG:017-5680972
MIMI ROHANA:012-4064790

Sunday, October 2, 2016

Jom pi Langkawi makan nasi arab


Makan Nasi Arab

Kalau datang Ke Langkawi jangan lupa singgah makan kat Nasi Arab Gunung Raya.Kafe ini terletak di jalan simpang Ke Puncak Gunung Raya dan menu yang menjadi kegemaran ramai ialah Nasi Arab Kaki gunung Ayam dan Kambing.











sungguh menyelerakan



kami menyediakan  homestay  yang sesuai untuk seisi keluarga.

ADANAN HOMESTAY TAMAN MAHSURI (DOUBLE STOREY)PEKAN KUAH.


SELAMAT DATANG KE ADANAN  HOMESTAY TAMAN MAHSURI, LANGKAWI.
ALAMAT: NO 21, TAMAN MAHSURI,LORONG 1 TAMAN MAHSURI,KUAH, LANGKAWI.
HARGA: BOLEH DIRUNDING 
KEUTAMAAN: MUSLIM & FAMILY SHJ

KEMUDAHAN YG DISEDIAKAN

- 4 BILIK TIDUR
- 2 BILIK DILENGKAPI DGN 1 KATIL QUEEN (AIRCON)
- 2 BILIK DILENGKAPI DGN 1 KATIL SINGLE
- 2 BILIK AIR

- BANTAL DAN SELIMUT TAMBAHAN DISEDIAKAN
- RUANG TAMU DAN RUANG MAKAN YG SELESA
- KIPAS SYILING DI RUANG TAMU DAN DI SETIAP BILIK
- TV
- PETI SEJUK
- PEMANAS AIR
- SOFA
- MEJA MAKAN
- SATERIKA
- SEJADAH

LOKASI BERDEKATAN:
- BERSEBELAHAN DENGAN PETRONAS JLN AIR HANGAT. - BERSEBELAHAN DENGAN IBU SAWAT TELEKOM LANGKAWI.
- BERTENTANGAN DENGAN IBU PEJABAT POLIS(IPD)DAERAH LANGKAWI
- 5 MINIT KE JETI KUAH
- 5 MINIT KE IDAMAN SURI
- 5 MINIT BERJALAN KAKI KE SHOPPING MALL PEKAN KUAH
- 5 MINT KE HAJI ISMAIL GROUP
- 5 MINIT KE LANGKAWI SAGA
- BERDEKATAN PASARAYA DAN KEDAI MAKAN

- MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: SMS @ CALL (DIGALAKKAN)

ADANAN B.LONG:017-5680972
MIMI ROHANA:012-4064790








Tuesday, July 26, 2016

Tarikan Terbaru Di Pulau Langkawi

Lokasi : Langkawi Skycab, Gunung Mat Cincang, Langkawi
Kereta kabel Langkawi terletak di Gunung Mat Chinchang, barat laut pulau LangkawiKedahMalaysiaKereta kabel ini mula dibuka kepada umum pada 27 Februari 2005 untuk memudahkan pelancong tiba ke puncak gunung yang tingginya 713 meter. Panorama gunung batu kapur zaman geologi Cambrian 500 juta tahun ini memang menarik. Panjangnya 2.2 km dan terpanjang di dunia, mengalahkan kareta kabel di Switzerland.
Asalnya sistem pengurusan kereta kabel ini dikendalikan oleh Langkawi Cable Car. Namun kini, ia diselenggara dan diuruskan oleh Panorama Langkawi Sdn. Bhd. (PLSB), iaitu anak syarikat milik penuh Syarikat Prasarana Negara Berhad. Sistem pengangkutan kereta kabel ini dibina dari April 2001 hingga Ogos 2004. Panjang keseluruhan kabel ialah 919.5 meter dan telah mencipta rekod Malaysian Book of Records.
Kereta Kabel Langkawi kat Gunung Mat Cincang dah ada gondola kaca kristal. Siapa yang berani ride gondola ni angkat tangan???







Panorama Langkawi Sdn Bhd (PLBS) menawarkan SkyGlide iaitu kabin pengangkutan yang membolehkan pengunjung melawat titian gantung atau SkyBridge tanpa perlu berjalan kaki.
Melalui laman web syarikat itu, walaupun berjalan kaki untuk ke SkyBridge adalah menyeronokkan tetapi ia agak mencabar terutamanya kepada warga emas dan kanak-kanak.
Oleh itu, dengan SkyGlide pengunjung akan mempunyai cara yang lebih cepat dan mudah untuk melawat SkyBridge dimana sebelum ini pengunjung perlu berjalan kaki melalui denai hutan lebih kurang 10 minit.
SkyGlide adalah jenis kabin pengangkutan yang boleh bergerak ke atas dan ke bawah mengikut tahap cenderung tertentu dan boleh memuatkan 12 penumpang atau 1050 kilogram beban bagi setiap perjalanan yang mengambil masa hanya 2 minit.
Tiket SkyGlide dijual secara berasingan daripada tiket SkyCab standard dengan bayaran tambahan RM10 bagi dewasa dan RM7 untuk kanak-kanak untuk kedua-dua hala pergi dan balik.
Pengunjung turut boleh membeli tiket sehala bagi yang menginginkan pengalaman berjalan kaki serta menaiki kereta kabel SkyGlide.
Kereta kabel Langkawi terletak di Gunung Mat Chinchang mula dibuka kepada umum pada 27 Februari 2005 untuk memudahkan pelancong tiba ke puncak gunung yang berketinggian 713 meter.

Asal-usul nama Pulau Langkawi

Nama Langkawi ialah kombinasi antara "Lang" dan "Kawi". "Lang" diambil daripada perkataan bahasa Melayu iaitu helang. Ini dapat dibuktikan dengan keberadaan burung-burung helang yang terbang bertebaran di kebanyakan tempat di Langkawi antaranya kawasan Kilim Geopark, Pulau Singa Besar dan seluruh kepulauan Langkawi. Langkawi juga menjadi habitat kepada sejumlah burung helang merah kawi. Kawi beerti merah hati, ini kerana helang tersebut mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih. [1]
Kawi juga beerti tulisan Kawi, tulisan yang digunakan oleh masyarakat tradisi Hindu Jawa. Selain itu, Kawi juga merujuk kepada sejenis batu iaitu Batu Kawi atau batu kapur. Lambakan Batu Kawi terdapat di Langkawi. Patung Helang yang terdapat di Dataran Helang jika diteliti, juga dilihat sedang berdiri diatas Batu Kawi.
"Kawi" dalam bahasa Sanskrit ialah guli, yang mana ia ditemui sebagai pertemuan bahagian Malaysia. Apabila kedua-dua perkataan digabungkan, ia membentuk perkataan "Helangkawi" yang kemudian menjadi Langkawi.
Dipercayai bahawa Langkawi mendapat namanya daripada perkataan Langkasuka. Sumber-sumber sejarah tidak banyak tetapi mengikut satu rekod sejarah Dinasti Liang China (500 M) merujuk kerajaan itu sebagai "Langgasu" yang diasaskan pada kurun pertama Masihi. Rujukan lain dijumpai di dalam buku oleh Tun Mohamed Zahir yang bertajuk The Legends of Langkawi yang mana nama tersebut menggabungkan dua perkataan Sanskrit—"Langka" (keindahan) dan "Wi" (tidak terkira).

Sunday, July 24, 2016

10 Tips Melancong di Dalam Negara

Bila bercakap mengenai 1Malaysia, kita sering mengaitkannya dengan makanan, bangsa, pendidikan atau aktiviti kegemaran semua iaitu membeli-belah. Namun, tidak kurang juga ada yang minat melancong. Malah statistik Jabatan Pelancongan negara menunjukkan rakyat Malaysia membelanjakan sekitar RM41.2 billion pada 2014 untuk melancong dalam negara sahaja!
Ternyata penduduk negara ini gemar melancong ditambah lagi dengan kemunculan pelbagai kempen dan pesta pelancongan yang ada setiap tahun. Tetapi, pasti ada yang tertanya-tanya bagaimana mendapatkan percutian yang menarik dan selesa dengan perbelanjaan yang rendah. Kami senaraikan 10 tips untuk rujukan anda. 
1. Bercuti di waktu off-peak season
Harga tempahan bilik dan penerbangan semasa musim cuti sekolah, cuti perayaan atau hujung minggu lazimnya lebih tinggi. Ia digelar waktu ‘peak season’ atau waktu puncak. Untuk perjalanan lebih menguntungkan, pilih waktu bukan puncak (off-peak season). Kurang mahal malah tidak perlu menempuhi kesesakan lalu lintas!
2. Pilih destinasi yang kurang dikunjungi orang ramai
Destinasi tempatan juga menawarkan pelbagai pakej menarik dengan harga berpatutan. Jika anda penggemar alam sekitar, boleh mencuba untuk bermalam beberapa hari di Hutan Royal Belum di Gerik, Perak atau ke Taman Negara Pahang. Ataupun pergi berenang dan menyelam di sekitar Pulau Aur di Johor, Pulau Tenggol, Terengganu atau Pulau Bohey Dulang di Sabah. Sedikit sebanyak kita akan membantu meningkatkan ekonomi penduduk di kawasan ini. 
 
3. Periksa waktu terbaik untuk berjalan-jalan ke destinasi ditujui
Umum mengetahui kedudukan Malaysia yang terletak di garisan Khatulistiwa  mempunyai dua musim iaitu musim tengkujuh dan musim panas. Musim tengkujuh kebiasaannya antara bulan November hingga bulan Mac. Waktu ini angin yang kuat dan hujan lebat melanda pantai timur Semenanjung negara dan sama-sekali tidak sesuai untuk aktiviti pantai. Maka anda boleh memilih untuk bercuti di bahagian pantai barat Semenanjung sepanjang tempoh itu.
4. Beli tiket penerbangan selepas tengah malam
Pembelian tiket penerbangan selepas tengah malam adalah lebih baik bukan sahaja kerana lebih sedikit orang yang melayari laman web berkenaan, malah kadang-kala anda juga boleh mendapatkan tawaran lebih murah. Kita perlu sedikit tabah untuk memperoleh hasil yang lebih baik, betul tak? 
5. Buangkan ‘cookies’ enjin carian setiap kali membuat pembelian tiket penerbangan
Tahukah anda semakin banyak rekod pencarian anda disimpan dalam rekod ‘cookies’ enjin carian anda, semakin tinggi harga yang akan diperolehi? Ini adalah satu muslihat yang ramai mungkin tidak sedar. Untuk penjimatan berganda, jangan lupa bersihkan rekod ‘cookies’ anda!
6. Pembelian tiket penerbangan paling murah antara hari Selasa dan Rabu
Ini kerana tidak ramai penumpang yang terbang pada hari- hari berkenaan. Hari Isnin masih mengekalkan harga yang tinggi kerana kebanyakan orang mempunyai urusan kerja di mana-mana negeri pada hari itu. Kemudian mereka akan pulang selepas beberapa hari, kebiasaannya hari Khamis atau Jumaat. Seterusnya hujung minggu adalah waktu puncak. 
7. Pilih tempat penginapan yang murah
Ramai yang mahukan tempat penginapan yang selesa untuk diri sendiri dan juga keluarga. Kini Malaysia mempunyai rangkaian pilihan yang lebih meluas dengan harga lebih jimat. Bagi yang berkeluarga, anda boleh memilih untuk tinggal di rumah inap (homestay). Semakin ramai yang membuat perkhidmatan ini yang bukan sahaja selesa malah lebih murah untuk ditinggal dalam jumlah yang ramai.
Atau bagi yang lebih gemar melancong secara backpack, anda juga boleh menyewa di dormitori. Di sini, anda boleh menambah kenalan dari pelbagai latar belakang, bangsa dan negara kerana persekitarannya yang lebih terbuka. Barulah 1Malaysia! 
8. Tempah penginapan lebih awal
Sesetengah orang bagaimanapun lebih selesa untuk menginap di hotel berdasarkan kemudahan dan perkhidmatan yang lebih memuaskan. Dengan kemudahan teknologi sekarang, ia lebih mudah untuk membuat tempahan penginapan dengan lebih awal. Anda boleh memeriksa julat harga antara satu tempat ke tempat lain di laman-laman enjin carian hotel seperti Agoda dan Booking.com yang menawarkan banyak pilihan.
Sesetengah tempat memerlukan anda membuat pembayaran deposit untuk menjamin tempat. Bagi yang tidak memerlukan deposit, pastikan anda tiba di tempat penginapan ditempah pada waktu ditetapkan dan membayar tempahan dijanjikan. Sebagai sebuah masyarakat dalam sebuah negara yang menuju konsep negara berpendapatan tinggi, integriti setiap orang memainkan peranan penting. Kita harus jujur,amanah dan bertanggungjawab dengan tindakan kita supaya memudahkan pihak penginapan melakukan tugas mereka. 
9. Gunakan pengangkutan awam untuk melancong
Sekarang ini, lebih banyak pengangkutan awam yang menghubungkan satu negeri ke negeri yang lain disediakan di seluruh negara. Ini bermakna semakin mudah untuk kita bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Contohnya, kemudahan kereta api ETS terbaru yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Padang Besar, Perlis hanya mengambil masa kurang 5 jam. Ia turut menyediakan kantin dan sistem televisyen untuk menemani perjalanan anda. Bayangkan betapa selesa dan mudahnya untuk kita melancong sekarang! Tak perlu lagi memandu selama berjam-jam ke kampung. 
10. Cuba aktiviti masyarakat tempatan
Lain tempat, lain adat dan budaya mereka.  Jadi inilah peluang kita untuk mencuba perkara baru dan mempelajari budaya-budaya masyarakat setempat. Contohnya mencuba mee kolok di Sarawak, belajar seni warisan tekat di Perak, belajar berenang seperti Bajau Laut atau mencuba gaya hidup masyarakat Orang Asli di Pahang. Keseronokan dialami pasti membuatkan anda tidak putus-putus ingin melancong di sekitar negara. Pengalaman unik ini pasti tidak dilupakan! 
Akhir sekali, pastikan berpakaian dengan selesa. Bagi memudahkan anda membuat pilihan, anda boleh menghubungi Encik Adanan di talian 017-5680972 untuk medapatkan maklumat lanjut mengenai Homestay Taman Mahsuri bagi percutian anda ke Langkawi.


Credit : http://www.1malaysia.com.my/affiliates/10-tips-melancong-di-dalam-negara 

Wednesday, July 20, 2016

Jom Bercuti Ke Langkawi

Pengenalan tempat-tempat menarik di Langkawi


Dataran Helang Langkawi


Dataran Helang merupakan mercu tanda Langkawi dan juga merupakan tugu tumpuan pelancong yang terkemuka di Pulau Langkawi. Patung Lang gergasi ini terletak bersebelahan dengan pelantar jeti Kuah, dengan sayap berkepak sedia untuk menyusur keudara menjadikannya satu pemandangan yang mengkagumkan bagi para pelancong yang datang ke Langkawi.

Nama Langkawi berasal "Lang" adalah singkatan "helang" manakala "kawi" bermaksud perang merah (coklat) di zaman melayu purba.

Taman Lagenda Langkawi

Taman Lagenda Langkawi ini berhampiran dengan pantai dan hanya 400 meter dari Pekan Kuah. Ia juga terletak bersebelahan taman CHOGM dan Masjid AL-Hana, Taman Lagenda Langkawi dibina untuk menceritakan sejarah-sejarah Langkawi. Jika anda inginkan sesuatu yang berbeza kunjungilah ke Taman Lagenda Langkawi yang mana 50 ekar adalah khas megenai cerita, sejarah, lagenda, cerita donggeng dan banyak lagi.


 Di dalam taman ini terdapat 4 buah tasik yang dibuat, 17 monumen yang mempunyai cerita tersendiri, pantai buatan manusia serta beberapa buah tempat rehat yang dibuka untuk orang awam. setiap sudut di taman itu dihiasi dengan lanskap yang indah.

Kunjungan anda ke Taman Lagenda Langkawi ini akan membawa anda menerokai sejarah Langkawi.


Pulau Dayang Bunting (Island Hopping)
Pulau Dayang Bunting merupakan pulau yang terbesar selepas Langkawi di Kedah. Ia terletak 17.6km atau 15 minit perjalanan dengan bot dari jeti Kuah, Langkawi. Jalan perhubungan hanya melalui bot laju yang disewa di jeti pekan Kuah, pulau Langkawi.

Pulau ini mendapat nama daripada kisah gergasi sakti yang bernama Dayang Bunting. Pulau ini seimbas lalu menyerupai gergasi hamil yang terlena. Dalam perjalanan ke Tasik Dayang Bunting, kita akan lihat bentuk gunung yang menyerupai seorang perempuan sedang terbaring dengan bentuk kepala, dada dan perut yang sedang bunting.

Di tengah pulau Dayang Bunting pula terdapat tasik air tawar yang berkeluasan 3 padang bola sepak. Sebuah jeti telah dibina di tepian pulau Dayang Bunting untuk bot-bot pelancong singgah. Tangga-tangga dibina ke atas dan kemudian menurun ke bawah - jaraknya 0.8km sahaja. Air tasiknya hijau jernih dan menimbulkan panorama yang menarik.

Taman Laut Pulau Payar Langkawi

Pulau Payar Langkawi terkenal sebagai taman laut yang tercantik di Malaysia. Airnya yang jernih membolehkan anda melihat sehingga ke dasar laut. Terdapat dua pilihan iaitu Pantai ataupun Platform.



Jika para pengunjung ingin menyelam ke dasar laut, di pulau Payar Langkawi menyediakan penyelam profesional.


Setiap peralatan lengkap disediakan. Jika anda tidak mahu menyelam, anda masih dapat melihat kehidupan laut dengan memasuki terowong dalam laut. Ia diperbuat daripada kaca. Oleh itu para pengunjung tidak perlu basah untuk melihat kepelbagaian spesies laut.



Cabel Car Langkawi


Cable car Langkawi terletak di Gunung Mat Chinchang, barat laut pulau Langkawi. Cable car Langkawi ini mula dibuka kepada umum pada 27 Febuari 2005 untuk memudahkan pelancong tiba ke puncak gunung yang tingginya 713 meter. Panorama gunung batu kapur zaman geologi Cambrian 500 juta tahun ini memang menarik. Panjangnya 2.2 km dan terpanjang di dunia, mengalahkan Cable Car di Switzerland.




Titian gantung cable car Langkawi atau Langkawi SkyBridge merupakan salah satu daya tarikan yang unik di kompleks cable car Langkawi. Ia siap dibina pada tahun 2004, titian gantung yang melengkung ini dibina diatas puncak Gunung Mat Chinchang. Dihubungkan dari stesen puncak, titian ini tergantung dari 82m tinggi dari tiang tunggal dan jarak dari tanah puncak adalah 100m. Titian ini unik kerana, walaupun ia tergantung tetapi ia hanya dipaut oleh tali-tali yang dinat kemas oleh sebatang tiang penahan. sealain itu, strukturnya yang melengkung dilereng puncak tanpa menjejaskan tumbuhan-tumbuhan semulajadi dibawahnya.


Panjang titian gantung ini ialah 125m sekaligus menjadikan ia diantara struktur jambatan tergantung melengkung yang terpanjang didunia.



Underwater World Langkawi

Underwater World Langkawi terletak di Pantai Cenang Langkawi merupakan sebuah akuarium laut yang terbesar di Asia.

Akuarium ini mengandungi 5,000 spesies hidupan laut, ikan air tawar dan ikan laut, serta spesies-spesies lautan yang lain dalam 100 buah akuarium.

Di sini anda boleh melihat ikan jerung, penyu, ikan pari dan sebagainya. Datang dan merasainya sendiri.

Galeri Perdana Langkawi


Idea untuk membina galeri ini adalah khas untuk Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohammad. Galeri yang unik ini dibina untuk dipamerkan kepada semua orang anugerah-anugerah serta hadiah perdana menteri dan isterinya yang mana mereka telah menerima tokoh-tokoh dunia ketika melaksanakan tugas di luar negara.

Ambil masa anda seketika untuk berkunjung ke Galeri Perdana Langkawi.
Dibuka : 10 pagi - 5 petang
Bayaran masuk : Dewasa RM3.00
                          Kanak-kanak bawah 12tahun PERCUMA

Kompleks Kraf dan Kebudayaan Langkawi

Terletak di kawasan yang strategik di Teluk Yu, Kompleks Kraf dan Kebudayaan Langkawi dibina untuk mempromosikan kebudayaan negara. Gangsa dan barangan tembaga yang direka dari pelbagai rupa bentuk kebanyakan bermotifkan alam semula jadi. Keunikan bakul, rotan dan mengkuang yang dibuat oleh orang tempatan sangat halus dan seni hasilannya. terdapat juga beberapa barangan yang menggunakan kayu seperti ukiran kayu.

Barangan kraf yang lain seperti ceramik juga turut dijual. Tidak ketinggalan juga batik lukisan tangan dari kain sutera dan juga songket yang dari pelbagai warna. Barangan gangsa juga turut dijual untuk kegunaan majlis-majlis seperti perkahwinan.

Dengan terbinanya Kompleks Kraf dan Kebudayaan Langkawi maka setiap barangan kraf dari setiap kaum akan kekal dan tidak di makan zaman. Setiap pengunjung yang inginkan memori Langkawi, bawalah pulang barangan kraf yang di jual di Kompleks Kraf dan Kebudayaan Langkawi.

Langkawi Telaga Tujuh (seven wells)


Langkawi Telaga Tujuh terletak dalam kompartment 8, Hutan Simpan Machinchang, Langkawi. Sungai perangi bermula di puncak Gunung Machinchang menghasilkan tujuh peringkat air terjun.

Air terjun ini menghasilkan kolam-kolam semulajadi yang dikenali sebagai Telaga Tujuh dan untuk sampai di Telaga Pertama pengunjung perlu mendaki 600 anak tangga.